Saturday, June 25, 2016

Monolog Selamat Malam uiiiiiiiiii

Selamat malam, pada yang jauh. Walau kita tidak lagi bertentang mata, tapi doaku untukmu tidak pernah putus. Kau tahu bagaimana hatiku, hanya kau tahu sejauh mana hatiku berkata-kata, dalam setiap doaku, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu kerana dipertemuan akhir kita kau pernah berkata "jika sayang itu benar, maka doakanlah yang baik-baik untukku"

Semalam kau muncul lagi dalam mimpiku, aku tidak tahu apa yang hendak kau sampaikan. Aku harap, tidurku tidak akan terganggu oleh kehadiranmu didalam mimpiku lagi. Aku sudah tidak terdaya untuk merenungmu didalam mimpi dan bangun untuk hidup dengan kenangan yang kau tinggalkan.

Biarpun bertahun aku terpaksa hidup begini, aku redha. Tapi, janganlah kau muncul dalam hidup mahupun mimpiku, kerana aku tidak mahu melihat sesuatu yang tak dapat kumiliki, sesuatu yang pernah mengukir senyumanku & sesuatu yang pernah memusnahkan hidupku. Pergilah, berbahagialah kau. Akan ku kirimkan doa bagimu, hanya untuk membuktikan bahawa janji-janjiku tidak kekal sebagai janji.

Walau bukan aku disisimu untuk membahagiakanmu, tapi aku tetap kirim doa-doa yang baik bagi memenuhi semua ruang didalam hidupmu supaya tidak sesaat pun kau tidak bahagia kerana itu janji aku. Janji yang ku ucap sewaktu menerima kau dalam hidup.

#Monolog